Sesiapa yang tak pakai tali pinggang belakang mulai hari ini akan dikenakan saman. Malam ni dalam Buletin Utama dah beratus manusia yang dah kena saman kerana tak ikut peraturan baru lagi mengarut ni..

Aku bukannya tak nak sokong undang-undang ini tapi macam pelik la...Mungkin lepas ni akan ada undang-undang mewajibkan pemakaian sut perlumbaan untuk penunggang dan pembonceng motosikal....aku rasa menggelabah atok dan nenek aku nak membelinya apalagi nak memakainya...he..he....

Dan lepas tu serban pun mungkin perlu direka supaya tidak tertanggal dari kepala, cam mana nak buat ye...? Ni nak kena tanya saudara-saudara Sikh kita..Esok aku nak tanya Mr. Hera Singh cam mana nak buat...??

Masa sekolah dulu, pernah tak kau orang jawab soalan karangan yang bertajuk 'Bagaimana Cara Mengurangkan Kadar Kemalangan Jalanraya?" Aku ingat lagi, masa itu aku bagi 6 isi , tapi tak ada pula aku terfikir tentang pemakaian tali pinggang belakang ni...kalau tak tambah satu lagi isi karangan aku....

Aku tahu pihak berwajib menyuruh kita memakai tali pinggang ini demi keselamatan kita, terima kasih sajalah kerana masih bimbangkan kami..cuma aku rasa peraturan ini bukanlah jalan penyelesaian...

Aku rasa penyelesaiannya terletak atas diri kita. Kalau masih sayang nyawa, lain kali jangan bawa laju-laju, jangan potong kat 'double line', dan ikutlah macam-macam peraturan yg dah sedia ada.... Ini tak, lepas kemalangan baru nak menyesal.

Aku rasa kalau undang-undang pemakaian tali pinggang keselamatan belakang ini tak menjadi juga, aku syorkan setiap 100 meter jalan raya dibina bonggol, baru menangis kau orang semua...he..he...

Macam-macam ragam bukan? Meriah betul tinggal kat Malaysia ni... Banyak lagi aku nak cakap ni tapi mereka dengar ke?

Hmm...entahla...

0 Comments:

Post a Comment