Tahniah Dr Siam


"Salah seorg org kuat aku, banyak projek yg dipimpin sukses"

YB Limi

"Dok tgh sain surat sokongan mitok kijo hak rakyat"


"Sibuk napoknya..Tok Najib call kot"


Cuba teka anak sapa ni??

Yang kalah tidak kalah semua, inilah yang akan terjadi kepada penyusunan semula UMNO setelah parti itu selesai mengadakan Persidangan Agong pada 24hb. hingga 28hb. Mac 2009 yang baru lalu. Nampaknya Dato' Najib betul betul mahu menyusun barisan kepimpinan dalam parti dan kerajaan mengikut acuan yang akan disokong oleh ahli ahli parti dan juga rakyat.

Yang ku dengar, Mengambil kira undi yang dapat seribu lebih oleh Khalid Nordin yang tewas dalam jawatan Naib Presiden UMNO, beliau akan dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi dan dengan sendirinya jawatan Menteri akan dikekalkan begitu juga dengan Mukhriz Tun Mahathir walau pun beliau kalah dalam pertandingan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, beliau juga diberi peranan yang penting, dengar kabarnya beliau akan dilantik sebagai Setiausaha Agong UMNO yang baru, dan tidak diberi jawatan menteri kerana beliau pun pada kempen untuk jawatan ketua pemuda sekiranya beliau menang beliau tidak berminat untuk jadi menteri, beliau mahu berkhidmat kepada parti.

Sebenarnya pun, ahli ahli parti dan rakyat mahu melihat nasib dua orang tokoh muda ini dalam parti dan kerajaan, rakyat mahu melihat orang yang bersih ada tempat dalam parti dan kerajaan yang dipimpin oleh Dato' Najib dan memang pun patut Dato' Najib membersihkan saki baki perasuah yang berada dalam kabinet selain daripada mengarahkan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pendakwaraya mendakwa mereka meraka yang failnya sudah pun siap untuk pendakwaan, tak kira mereka itu masih lagi menjadi menteri ataupun bekas-bekas menteri.

Tugas utama Dato' Najib bagi mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO ialah bertindak terhadap mereka yang berkuasa tapi mengumpulkan kekayaan dengan cara rasuah, mempastikan kes-kes rasuah di mahkamah hendaklah dipercepatkan perbicaraannya. Jangan melindungi mereka dan juga pecat mereka yang tidak amanah dalam kerajaan ataupun parti.