Aerobik

Khusyuk

Megah Menjadi Warga USM

Ibu Bapa Teruja

Sabar Menunggu

Bangga

Senyum PPMS

Santai

Gelap cerah gelap cerah, maka tibalah musim paling sibuk bagi aku dan kawan-kawan di BHEPP. Pada 28 Jun ini adik-adik pelajar baru akan mula melaporkan diri di Kampus Kesihatan. Bermula dari tarikh itu hingga 4 Julai 2008 akan berlangsung Minggu Suai Kenal bagi Sidang Akademik 2008/2009. Segala persiapan mula digerakkan. Aku dan kawan-kawan mula tak cukup tangan...

Seramai 41 orang Pembimbing Pelajar Minggu Suai Kenal (PPMS) yang terdiri daripada pelajar senior telah dipilih melalui sesi temuduga bagi membantu BHEPP membimbing pelajar baru menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran dan gaya hidup di kampus ini. Mereka telahpun dihantar mengikuti kursus persediaan di Kem Ulu Kenas, Perak dari 16 - 20 Jun 2008 ini. Selasa ini (24 Jun) TNC (HEPP) akan berada di Kampus Kesihatan utk meninjau sejauhmana persiapan pelaksanaan Minggu Suaikenal ini..Aku berharap ianya akan berjalan lancar dan tersusun..Insyallah...

"tiap-tiap malam mimpikan khemah, kerusi, meja, pa sistem, buku panduan, jadual MSK, penginapan, majlis sambutan siswa dan macam-macam lg..he..he"

Tahniah!

Keluarga Bangga Dengan Mu

Tahniah untuk adik bongsuku, Cikgu Zie kerana berkat ketabahan, kesabaran dan restu keluarga beliau akhirnya berjaya menggengam segulung ijazah dari Open Universiti. Walaupun terkandas sewaktu di UiTM dulu, ianya tidak mematahkan semangat beliau untuk berjaya pada percubaan kali kedua....Sesungguhnya kami sekeluarga BANGGA dengan kesungguhanmu...Kejayaanmu menjadi pendorong dan pembakar semangat keluarga...Tahniah dan selamat maju jaya..

Al Fatihah

Pagi ini Bhg. Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar (BHEPP) dikejutkan dgn berita kepergian seorang pelajar iaitu Sdra. Muhamad Amin Ishak (gambar), pelajar Sains Perubatan yang meninggal dunia pada 12 Jun 2008 akibat kemalangan jalanraya di Gua Musang. Kereta yang beliau naiki yang di pandu oleh rakannya yg juga bekas pelajar USM, Sdra. Ahmad Aziman telah bertembung dengan sebuah kereta lain di KM 18.9, Jalan Gua Musang - Kuala Lipis pada jam 12.10 pagi tadi. Beliau baru sahaja menamatkan pengajian pada April lepas dan dikalangan kami dikenali sebagai seorang yang berbudi pekerti baik, aktif, cukup menghormati staf dan mesra sepanjang berada di kampus ini. Sesungguhnya kami amat terasa kehilangan beliau. Al- Fatihah untuk arwah..semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama-sama org-org yg beriman.

Pot Luck KaSeH







Kelab Staf BHEPP (KaSeH) telah mengadakan satu majlis silaturrahim dan meraikan staf yang menyambut hari jadi secara pukal (dari bulan Jan - Jun 2008)..termasuk aku..Tahniah untuk Exco KaSeH yg bertungkus lumus menyempurnakan majlis ini...

Kenaikan kadar petrol yg berkuatkuasa tengah mlm tadi membuatkan fikiran aku gelap seketika...seingat aku ini adalah kadar kenaikan yg paling tinggi dalam sejarah..
Adus, senak otak..kena baiki motosikal buruk le jawabnya, wat g kerja..alahai..