1. Pertama kali diadakan khas untuk pelajar baru di bawah Program Universiti APEX

2. Diadakan dalam 3 Fasa. Setiap fasa, 2 kem digunakan.

3. Lestari adalah tema kursus ini.

4. Penat tapi seronok.

5. Makan sedap

6. Modul paling menarik ialah Survival. Setiap Platun diberikan bahan-bahan memasak yang x sama..pandai-pandai ayat untuk dapatkan bahan lain dari platun lain..pastu diberi pulak ayam hidup..pandai2 la semelih, cabut bulu dan masak..tghari tu makanan x sediakan..makan la apa yang ada..mentah pun mentah le..

7. Lestari malam (masuk hutan jam 2.00 pagi) Pengalaman pertama bg sesetengah pelajar dan fasilitator/urusetia.

8. Tabik pada kreativiti pelajar terutama dalam persembahan..pecah perut gelak..lucu tp ada mesej.

9. Ada fasi/urusetia tidur berdengkur..he he..

10. Mandi jeram jam 9.00 malam..sejuk wo..

11. Malaikat maut adalah nama fasi yang ditugaskan denda peserta..semua kecut perut ngan dia..kecuali seorang pelajar PPSK yg selamba minta didenda..

12. Tidur dalam khemah yg bawahnya banyak batu..refleksologi asli..

13. Ada org yg buat ainaya ko orang tua..3 jam lepas tu kena gatal-gatal alergic..padan muka...he he..

14. Pelakon terbaik dimenangi oleh Urusetia Tuan Ahmadi....Ketua Urusetia pun terpedaya dengan lakonan dia...ada can menang anak wayang ni!

15. Kasut Adidas aku hancur...Sayang oiii! Next time aku nak beli kasut getah plak..

16. Dalam khemah aku siap ada aircond dan tandas..x percaya tanya Madi dan Rozi..

17. Ada urusetia yang sebelum ni sgt takut dgn gelap hutan, terpaksa akur dgn arahan Ketua Urusetia..masuk gak dekat check point 3..tu pun berdua..katanya kena usik..

18. Rozi sambut hari jadi dalam kem..kesian..x de kek, x de lilin..

19. Penemuan ulat gonggok besar dan ulat pinang kosi (kata Sya) Ada urusetia yg telanggar pokok sampai sakit dada terkejut kan ulat gonggok..ha ha ha..

Ada lagi fakta menarik..nanti aku topup..

Semasa Kursus TOT PIMPIN Siswa di Kem Cinta Alam Kelimat, Sungai Siput, Perak..inilah tandas yang kami gunakan..kongsi-kongsi :-) Muhibbah betul..

Kek Harijadi Oltromen

Oltromen dah besar

Nama bongsuku ini (Amir Haridz) di beri ilham oleh salah seorang bekas pelajar Kampus Kesihatan bernama Noraina Hafizan (Fiz)..Moga bila dewasa akan ikut jejak Fiz..