Aerobik

Khusyuk

Megah Menjadi Warga USM

Ibu Bapa Teruja

Sabar Menunggu

Bangga

Senyum PPMS

Santai

Gelap cerah gelap cerah, maka tibalah musim paling sibuk bagi aku dan kawan-kawan di BHEPP. Pada 28 Jun ini adik-adik pelajar baru akan mula melaporkan diri di Kampus Kesihatan. Bermula dari tarikh itu hingga 4 Julai 2008 akan berlangsung Minggu Suai Kenal bagi Sidang Akademik 2008/2009. Segala persiapan mula digerakkan. Aku dan kawan-kawan mula tak cukup tangan...

Seramai 41 orang Pembimbing Pelajar Minggu Suai Kenal (PPMS) yang terdiri daripada pelajar senior telah dipilih melalui sesi temuduga bagi membantu BHEPP membimbing pelajar baru menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran dan gaya hidup di kampus ini. Mereka telahpun dihantar mengikuti kursus persediaan di Kem Ulu Kenas, Perak dari 16 - 20 Jun 2008 ini. Selasa ini (24 Jun) TNC (HEPP) akan berada di Kampus Kesihatan utk meninjau sejauhmana persiapan pelaksanaan Minggu Suaikenal ini..Aku berharap ianya akan berjalan lancar dan tersusun..Insyallah...

"tiap-tiap malam mimpikan khemah, kerusi, meja, pa sistem, buku panduan, jadual MSK, penginapan, majlis sambutan siswa dan macam-macam lg..he..he"

3 Comments:

  1. Amier said...
    Semakin menarik post di blog ni, progress yang baik.
    nbasudi said...
    Tengok sapa tok guru dia...he he..
    Aboo/Lady Dark & Co. said...
    terkenang time jadi PPMS dulu... memang best layan kerenah bakal graduan baru... and BHEPP mmg top ar handle majlis gini! all the best!

Post a Comment