Selamat Datang Ke Kampus Kesihatan

Keluarga Sabar Menunggu

Pelukan Bangga

Taklimat HEPP

Lagu Menara Ilmu

Teruja


Banyaknya Barang

Bayar Yuran

Bantuan PPMS

Alhamdulillah, Minggu Suaikenal (MSK) Sidang Akademik 2008/2009 yang berlangsung dari 28 Jun hingga 4 Julai 2008 berakhir dengan jayanya. Tahniah kepada semua Pembimbing Pelajar Minggu Suaikenal (PPMS) yang telah bertungkus lumus bekerja siang dan malam bersama staf BHEPP bagi mempastikan acara besar ini berjalan dengan lancar dan jaya sebagaimana dirancang.

MSK pada sidang ini agak berlainan sedikit berbanding sidang-sidang lepas. Buat pertama kalinya dan pertama diantara puluhan universiti di Malaysia, USM mengambil langkah kedepan dengan mengadakan Majlis Sambutan Siswa secara serentak di tiga-tiga kampus iaitu di Kampus Pulau Pinang, Kampus di Transkrian dan Kampus di Kubang Kerian. Sebelum ini Y. Bhg Naib Canselor akan turun ke setiap kampus bagi melaksanakan upacara ini. Namun pada sidang ini Y. Bhg. Naib Canselor hanya berucap di Kampus Pulau Pinang dan dipancarkan secara langsung ke dua lagi kampus melalui teknologi 'web streaming'. Dimulai dengan ucapan Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar, diteruskan dengan ucapan Y. Bhg Naib Canselor dan diakhiri dengan ucapan oleh Y. Bhg. Tan Sri Ani Arope, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti. Kemudian majlis di teruskan di kampus masing-masing yang mana setiap kampus diwakili oleh wakil Naib Canselor. Kampus Kesihatan diwakili oleh Y. Brs. Profesor Lim Koon Ong, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat.

Walau penat namun tugas yang penuh dengan semangat berpasukan, bantuan dan kerjasama daripada jabatan-jabatan lain menjadikan acara Universiti ini tanpa cacat cela. Tahniah sekali lagi..Sesungguh kami bangga menjadi warga USM, universiti terulung di Malaysia...Teruskan menggapai bintang..meraih mercu...

1 Comment:

  1. Aboo/Lady Dark & Co. said...
    wah... rindu nya time2 jadi PPMS!!!

Post a Comment