Al Fatihah

Pagi ini Bhg. Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar (BHEPP) dikejutkan dgn berita kepergian seorang pelajar iaitu Sdra. Muhamad Amin Ishak (gambar), pelajar Sains Perubatan yang meninggal dunia pada 12 Jun 2008 akibat kemalangan jalanraya di Gua Musang. Kereta yang beliau naiki yang di pandu oleh rakannya yg juga bekas pelajar USM, Sdra. Ahmad Aziman telah bertembung dengan sebuah kereta lain di KM 18.9, Jalan Gua Musang - Kuala Lipis pada jam 12.10 pagi tadi. Beliau baru sahaja menamatkan pengajian pada April lepas dan dikalangan kami dikenali sebagai seorang yang berbudi pekerti baik, aktif, cukup menghormati staf dan mesra sepanjang berada di kampus ini. Sesungguhnya kami amat terasa kehilangan beliau. Al- Fatihah untuk arwah..semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama-sama org-org yg beriman.

2 Comments:

  1. Aboo/Lady Dark & Co. said...
    terkejut dan sedih dengar berita ni... terus terkenang masa dapat tahu pasal kematian Arwah Idris dua tahun lepas. harapannya is Dr Aziman akan sembuh cepat. al fatihah buat Dr Amin. semoga roh nya dicucuri rahmat.

    p/s: saya 'curi' gambar amin letak ni kat blog saya and dah link kat page ni kot2 sesapa nak comment.
    Amier said...
    Takziah buat seisi keluarganya.

Post a Comment