Cuma ingin berkongsi maklumat dengan pembaca semua mengenai perkembangan terkini Maimun Yusuf, calon bagi Parlimen Kuala Terengganu. Beliau dikatakan sedang giat mencari dana sebanyak RM10,000 bagi menampung yuran pencalonan pada pilihanraya yang bakal berlangsung pada 17 Januari 2009.

Blog beliau kini sudah ada sejak 2 minggu di mana anda boleh melayarinya di sini. Jika anda merasakan bahawa beliau adalah calon yang sesuai bagi kawasan tersebut, silalah memberikan sumbangan dari segi kewangan bagi membolehkan beliau bertanding...sesuai ke??

Pada pilihan raya umum lepas, Maimun memperoleh 685 undi manakala Razali (32,562 undi) dan calon Pas, Mohamad Sabu (31,934 undi) di mana ini telah menyebabkan beliau kehilangan wang pertaruhan.

Sebenarnya saya tidak berapa faham mengapa Tok Mun beria-ia untuk bertanding kerana bagi saya: -
  1. Faktor usia - menjadi wakil rakyat bukanlah sesuatu yang mudah malah amat memenatkan..larat ke dia??
  2. Beliau tewas dengan undi yang sangat besar pada pilihanraya yang lalu di mana ini memberi mesej yang jelas - tak serik-serik lagi ke??
  3. Beliau adalah calon bebas di mana bukan mudah baginya untuk berkhiidmat dan membela nasib rakyat di kawasan tersebut. Kuala Terengganu adalah kawasan yang dianggap 'besar' kerana merupakan ibu negeri.
Saya bukan ingin memperkecilkan kemampuan Tok Mun tetapi kita bercakap mengenai realistik dan ada beberapa rakan saya yang turut menyuarakan pendapat yang sama. Pada saya, dikurniakan usia yang panjang sehingga 89 tahun adalah rahmat dari Ilahi dan ianya lebih baik dihabiskan untuk mencari keredhaan atau melakukan ibadat dan RM10,000 boleh digunakan untuk mengerjakan Haji atau Umrah.

Saya rasa mungkin ada antara anda yang tidak bersetuju dengan pendapat saya dan saya teringin untuk mendengar pendapat anda pula mengenai isu ini.

2 Comments:

  1. tajudin said...
    salam maal hijrah, tok tu pun mungkin nak berhijrah juga.

    setuju dengan posting ini & sependapat dengan tuan.
    nbasudi said...
    Mr. Tajudin
    Ya tak ya jugak.. saya kagum dgn semangat nenek ni, tak mudah putus asa...pengajaran utk kita tu...he..he..

Post a Comment