Seingat aku masa aku kecik-kecik semangat gotong royong sangat subur di jiwa masyarakat Melayu. Mulai dari sistem pertanian secara bersama, acara kenduri, membangun rumah, dan segala macam kegiatan kemasyarakatan telah menunjukkan bahawa gotong-royong sudah ada sejak zaman prasejarah lagi di bumi Malaysia ini. Malah ianya menjadi amalan hidup masyarakat Melayu dan tidak dimiliki bangsa lain.

Namun pada era moden ini jiwa gotong-royong sudah mulai terhakis di jiwa masyarakat Melayu akibat masuknya budaya individualisme dan materialisme dari Barat.

Walau apa pun, 13 Disember 08 bermula jam 7.30 pagi jiwa gotong royong kami semaikan kembali apabila satu program membina pembetung bagi menyalirkan lebihan air dari tali air KADA bagi menyekat limpahan air memasuki perumahan Taman Prima Perdana, Peringat dan menyebabkan banjir kecil di kawasan perumahan tersebut.

Tabik spring kepada semua yg terlibat memberi sumbangan wang dan tenaga bagi menjayakan program ini...Semoga Allah membalas jasa kalian..Amin.

Kerja-Kerja Awal

Cg. Haznan In Action

Antara Yg Datang
(Gambar ini diambil pada awal kerja-kerja ini..
sebenarnya yg datang adalah 5 kali ganda
dari gambar ini)

0 Comments:

Post a Comment