Dikesempatan ini, saya sekeluarga mahu mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA" kepada muslimin dan muslimat sahabat blogger semua yang beragama islam.

Kepada mereka yang berangkat ke Tanah Suci Mekah Al-Mukarramah, selamat menunaikan haji dan semoga mendapat haji yang mabrur di sisi Allah S.W.T. dan selamat juga kembali ke tanah air dalam keadaan sihat walafiat.

Bagi yang melaksanakan ibadah korban, diharapkan melalui ibadah korban yang dilaksanakan tersebut akan dapat memperingati serta menginsafi diri kita semua kepada peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim Alaihissalam yang sangup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail Alaihissalam, peristiwa ini telah dirakamkan di dalam al-Quran sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Saaffaat: 101-108.

Sesungguhnya erti pengorbanan yang sebenar bukan terletak pada jumlah banyaknya darah yang keluar mengalir apabila binatang yang dikorbankan itu disembelih atau juga bukannya terletak pada nilai berat daging atau tulang binatang sembelihan tersebut, namun ianya terletak pada keikhlasan serta sejauh mana pengorbanan serta ketaatan kita kepada perintah Allah S.W.T bagi melaksanakan ibadah korban sepertimana yang dinyatakan:

"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya. (al-Hajj: 36-37)".

0 Comments:

Post a Comment