31 Nov 08, hujan lebat, tak le lebat sangat tapi lebat la jugak...aku sekeluarga meredah cuaca dingin awal pagi lagi menuju matlamat asal balik kampung mertuaku, Pahang...Oleh kerana hujan lebat dan banyak tempat kami singgah...sampai di Dungun agak lewat..Pada anak-anak yang makin rimas dalam kereta aku berkata "kita mungkin sampai lewat kat rumah nenek" mungkin dalam pukul sepuluh malam" Pada melayan keletihan memandu..anak kembarku bersuara "Papa..kalau la kita singgah menginap kat tepi pantai ni, elok jugak..kita balik rumah nenek pagi esok je laa...kakak tengok papa pun dah penat tu"...He he..."panjang akal jugak anak aku ni"..Mungkin dia orang teruja tengok 'signboard' besar-besar 'promote' penginapan sepanjang jalan dari Kuala Terengganu ke Kuantan agaknya...Aku pandang isteri sebelah...nampaknya org rumah aku pun sekepala dgn anak-anak dia...apa lagi aku yg keletihan terus angguk setuju...
Nak dapatkan bilik memang susah ptg tu...ada le dalam 4 resort yg kami singgah tp semuanya penuh...mungkin hari tu hujung minggu dan musim cuti sekolah pulak, bilik tak ada yg kosong.. Last sekali dapat jugak bilik di Cherating Bay Resort..agak selesa dan kami ambik keputusan bermalam di situ...anak-anak aku paling gembira kerana kat situ ada 'swiming pool'. Apalagi berendam lah dia orang sampai kecut tangan...
Esoknya kami bertolak ke Pahang, rumah mertua aku..kami bermalam 3 mlm di sana. Bukan main seronok anak-anak aku dapat jumpa nenek dia org..Lebih-lebih lagi Pak Lang dan Mak Lang dia org balik...Nenek dia org siap belanja makan kat Pizza Hut lagi..
Esok nak balik ke Kelantan..malam tu dengar berita ada banjir kat Pantai Timur...ahh boleh lepas ke ni?..Namun cuti dah habis..terpaksalah redah gak..alhamdulillah semua jalan di Terengganu air dah surut kecuali jalan dari Penarik melalui Tembila ditutup terus kpd sebarang kenderaan...nasib baik ada jalan alternatif...sampai le jugak ke rumah...
On the way nak balik sempat lagi anak-anak aku ajak singgah kat Taman Tamaddun Islam di Kuala Terengganu yg terkenal dengan Masjid Kristalnya...Utk tak menghampakan harapan dia orang aku ambik keputusan singgah..biarlah dia org pergi tengok masjid-masjid tersohor di dunia sambil mengagumi keagungan tamaddun islam...
Sesungguhnya tiada yang indah di dunia ini selain dari melihat riah wajah anak-anak kita tersenyum puas dan gembira..ianya mengingatkan aku pada kedua orang tua aku..."Mak, ayah aku sayang kamu berdua"