Doa Buat Rakyat Palestin

Segala puji bagi ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa, Yang Maha Menguasai Segala-galanya dan Tiada Tandingannya.
Segala puji bagi ALLAH yang menguasai hidup dan mati kami, keluasan dan kesempitan kehidupan kami, kesenangan dan kesusahan hayat kami. Segala puji bagi ALLAH yang pada tanganMu terikat segala-galanya, yang pada kudratMu terkawal segala-galanya.

Selawat dan salam atas kekasihMu, Muhammad Rasulullah SAW, seluruh ahli keluarganya, para sahabatnya, serta semua mereka yang mengikuti mereka dari semasa ke semasa hinggalah pada hari yang KAU janjikan akan hancur segala-galanya.

Ya RABB, Ya JABBAR, Ya QAHHAR, Ya ‘AZIZ, KAU mendengar segala bicara kami, KAU melihat segala apa yang berlaku pada kami, KAU mengetahui segala-galanya, lebih dari apa yang kami ketahui. Hanya kepada KAU sahajalah kami tunduk menghinakan diri, hanya kepada KAU sahajalah kami sujud taat merendah diri, hanya kepada KAU sahaja yang kami adukan segala masalah kami,hanya kepada KAU sahaja segala pertolongan kami pinta, hanya kepada KAU sahaja tempat kami bergantung dalam segala hal dan perkara.
Maka bantulah kami, maka bantulah kami, maka bantulah kami.

Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH,

Saudara-saudara kami di Gaza dan seluruh Palestin sedang menderita dihentam oleh kaum yang pernah mengkhianatiMu. Saudara-saudara kami di Gaza dan seluruh Palestin sedang teruk diserang oleh musuh-musuhMu yang hendak memadamkan deenMu. Saudara-saudara kami di Gaza dan seluruh Palestin sedang tersepit dan terhimpit atas tindakan kaum Yahudi yang ingin memusnahkan deenMu
.
Sesungguhnya KAU ya ALLAH, lebih tahu apa yang berlaku terhadap saudara kami di Gaza khasnya, dan di seluruh Palestin amnya. Maka kepada KAU sahajalah yang kami mampu adukan hal kami dan hal mereka. Sesungguhnya Ya ALLAH, tangan dan kaki kami terikat dari membantu mereka. Hanya doa dan aduan kepadaMu sahaja yang mampu kami lakukan.
Ya ALLAH, KAU perkuatkanlah saf pejuang-pejuang yang mempertahankan deenMu di Gaza dan seluruh Palestin. Ya ALLAH, KAU bantulah hamba-hambaMu yang sedang bermatian mempertahankan deenMu di Gaza dan seluruh Palestin. Ya ALLAH, KAU bantulah hamba-hambaMu yang sedang dihimpit oleh musuh-musuh yang ingin memadamkan deenMu.

Ya ALLAH, KAUlah tuan kepada Masjidil Aqsa, KAUlah tuan kepada tanah suci Baitul Muqaddas, KAU jugalah tuan kepada nyawa-nyawa saudara kami yang sedang bermatian bertahan dan berjuang di Gaza dan seluruh Palestin. Maka dengan penuh hina, kami HAMBA, memohon kepada KAU, TUAN kepada segala-galanya untuk membantu segala benda yang menjadi milikMU. Bantulah hamba-hambaMu ya ALLAH, bantulah mereka, bantulah mereka.

Ya ALLAH, Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Satukanlah saf pejuang-pejuangmu di Gaza dan seluruh Palestin. Kuatkanlah kaki-kaki mereka. Bantulah mereka dengan tentera-tentera yang KAU pernah turunkan di medan Badar pada masa dahulu, hantarkanlah angin taufan membantu mereka seperti KAU hantarkan ketika perang Khandaq, bantulah mereka dengan tentera-tentera tak terlihat seperti KAU lakukan ketika perang Hunain, jagalah mereka ya ALLAH, sebagaimana KAU menjaga tentera-tentera muslimin ketika Perang Mu’tah. Pertahankanlah mereka ya ALLAH, sebagaimana KAU menjaga RasulMu di medan Uhud.

Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH,
Tangan kami pendek tak tercapai ke sana, tanganMu jugalah yang berada di atas kekuatan kesatuan mereka. Bantulah mereka saudara-saudara kami di Gaza itu ya ALLAH. Bantulah mereka Ya ALLAH.
Ya ALLAH,

Sesungguhnya Yahudi dan segala kuncu-kuncunya, dengan segala manusia yang bersekongkol dengannya, telah melampau-lampau. Mereka telah membunuh ramai para nabi dan RasulMu, mereka juga menyakiti hati Rasulullah SAW kekasihMu. Hari ini mereka hendak memadamkan ummat Rasulullah SAW kekasihMu. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang menderhaka kepadaMu tanpa henti. Telah KAU hantar ratusan utusan untuk mereka, tetapi tidak mereka ikuti. Hinggalah hari ini ya ALLAH, mereka telah menyakiti saudara-saudara kami, mereka hendak memadamkan deenMu ya ALLAH….

Sesungguhnya Ya ALLAH, KAU jugalah pemilik nyawa dan hati mereka, KAU jugalah pemilik kekuatan dan keperkasaan mereka. Pada tangan KAU lah terletak segala perancangan dan kemampuan mereka.
Kami memohon kepadaMu ya ALLAH, agar KAU tarik segala keperkasaan mereka dan berikan kepada rakyat palestin yang berjuang atas jalanMu, tariklah segala keberanian mereka, dan berikanlah kepada rakyat palestin yang berjuang atas jalanMu, tariklah segala kekuatan mereka, dan berikanlah kepada rakyat palestin yang sedang mempertahankan deenMu.
Ya ALLAH, KAU lah pemilik ketakutan dan kelemahan, KAU lah pemilik kehancuran dan kehinaan. Maka campakkanlah ketakutan atas hati-hati pejuang yahudi dan kuncu-kuncunya. Lemahkanlah segala kekuatan mereka. Hancurkanlah segala keperkasaan mereka. Hinakanlah segala kemuliaan mereka.

Ya ALLAH, hancurkanlah mereka dengan segala kekuatanMu. Ya ALLAH, hantarkanlah api dari langit yang pernah KAU turunkan atas kaum ‘Ad, hantarkanlah teriakan yang pernah KAU hantarkan pada kaum Thamud, hantarkanlah taufan yang pernah kau hantarkan pada Kaum Nuh, tenggelamkanlah mereka seperti mana kau tenggelamkan Firaun dan Haman. Ya ALLAH, gegarkanlah bumi mereka, bunuhlah semua tentera mereka sehingga tidak tertinggal seorang pun dari mereka.

YA ALLAH..YA ALLAH..YA ALLAH..
Kami ini lemah, mungkin kerna dosa kami maka saudara kami diuji sebegini rupa. Maka kami sujud menghina diri, kami meletakkan dahi kami ke tanah memohon kepadaMu RABBI, agar KAU maafkan dan ampunkan dosa-dosa kami. Ya ALLAH… KAMI hambaMu memohon ampun, KAMI hambaMu memohon maaf atas segala kesilapan dan kelalaian kami. Mungkin kerna kelalaian kami maka saudara kami diuji. YA ALLAH…

Ya ALLAH, KAU sahajalah yang sentiasa bersama-sama hamba-hambaMu. Kami memohon kepadaMu ya ALLAH, sentiasalah KAU berada di sisi pejuang-pejuang yang mempertahankan deenMu di Gaza dan Palestin. Ya ALLAH… kasihanilah mereka. Andai dosa kami besar sehingga KAU tidak memandang kami, maka KAU pandanglah darah-darah yang tersembur dari tubuh pejuang-pejuangMu di Gaza dan Palestin sana. YA ALLAH.. kasihanilah mereka. Ya ALLAH, kasihanilah mereka.

Ya ALLAH, bantulah mereka dan bantulah kami. Kuatkanlah saudara-saudara kami di Gaza dan Palestin itu dan kuatkanlah kami. YA ALLAH, musnahkanlah musuh-musuh mereka dan musuh-musuh kami. YA ALLAH, bantulah saudara-saudara kami dan bantulah diri kami.
YA ALLAH yang sentiasa mendengar doa, ya ALLAH yang lebih dekat dari urat nadi kami, ya ALLAH yang telah berjanji kepada kami,
“Berdoalah kepadaKu, nescaya akan AKU perkenankan”
Ya ALLAH yang telah berkata kepada kami,
“Kalau hambaKu bertanya kepadamu mengenai AKU, sesungguhnya AKU amat dekat…”
Maka kami menuntut janji-janji itu. Perkenankanlah doa-doa kami. Bantulah kami. Bantulah saudara-saudara kami. Sesungguhnya kami yang lemah ini hanya mempunyai kekuatanMu sebagai payung dari hujan kejahatan musuh-musuh kami dan musuh-musuhMu..

Ya RABB… YA RABB… YA RABB..
KAU Sahaja tempat kami mengadu atas kesusahan kami dan kelemahan kami
KAU makbulkanlah doa ini atas doa hamba-hambaMu yang soleh, KAU makbulkan doa ini atas amalan soleh yang telah kami lakukan secara sengaja atau tak sengaja. KAU makbulkanlah doa ini atas cinta dan kasihMu kepada Rasulullah SAW…
Ya ALLAH… Ya ALLAH… Ya ALLAH…

Selamatkanlah kami hamba-hambaMu ini dari tangan-tangan yahudi dan segala kuncu-kuncunya.
Sesungguhnya KAU sahajalah penjaga kami, kepada KAU sahajalah kami berharap, kepada KAU sahajalah kami bergantung harap.
Tinggikanlah ISLAM, tinggikanlah ISLAM, tinggikanlah ISLAM.
Segala puji kami rafa’kan kepadaMu Yang Paling Besar, Yang Paling Kuat, Yang Paling Perkasa, Yang Paling Agung. Selawat dan salam kami utuskan kepada Rasulullah SAW, seluruh ahli keluarganya, seluruh sahabatnya, dan semua mereka yang menuruti mereka hingga masa ke semasa hingga ke hari kiamat.
Amiiin…

1 Comment:

  1. tajudin said...
    AMIN AMIN AMIN YA RABBUL ALAMIN

Post a Comment