25 Jun 2008 - Semakan laman web kemasukan ke IPTA mengundang kecewa buat anak saudara kesayanganku, Nadia Ramly...Walaupun ada riak 'frust' pada muka beliau tapi aku cuba memujuk dia agar tidak mudah putus asa dan menasihati dia agar membuat rayuan bg 'second intake'

25 Julai 2008 - Ibu Nadia menghubungi aku memaklumkan dia ada menerima panggilan dari Universiti Putra Malaysia menyatakan bahawa Nadia telah diterima masuk sebagai pelajar berdaftar di sana di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.... Kegembiraan jelas terpancar di muka Nadia...Kami sekeluarga tumpang gembira...

27 Julai 2008 - Aku, Nadia, abang dan kakak ku serta Adam bertolak ke Serdang...Walaupun penat masih belum hilang kerana 3 hari sebelum tu aku ke Putra Jaya menghadiri Majlis Anugerah Akademik Negara bersama 75 orang pelajar USM kemudian dari Putra Jaya terus ke Kampus Induk di Pulau Pinang menghadiri Program SEBATI,.. bertolak balik jam 9.00 mlm 26 Julai dan sampai jam 3 pagi 27 Julai 2008 namun aku gagahi jua memandangkan abang aku x tahu jalan ke UPM dan beliau x boleh memandu malam...

28 Julai 2008 - Dengan pertolongan saudaraku Abang @ Saizan yang juga senior di UPM, maka sahlah Nadia bergelar mahasiswi UPM...Kami sekeluarga tumpang gembira atas kejayaannya walau amat terasa ketiadaan beliau...Kejayaan beliau diharap akan menjadi pendorong kepada Fifa, Fifi, Adam dan Uyah....Doa kami agar dia tabah menghadapi hidup sebagai seorang pelajar universiti dan pulang akhirnya dengan segulung ijazah..Insyallah...



Bangga di depan Fakulti beliau



Kolej Pendita Zaaba, Kediaman Nadia



Bersama kawan tahun 2 UPM
dan keluarga

Selamat Datang Ke Kampus Kesihatan

Keluarga Sabar Menunggu

Pelukan Bangga

Taklimat HEPP

Lagu Menara Ilmu

Teruja


Banyaknya Barang

Bayar Yuran

Bantuan PPMS

Alhamdulillah, Minggu Suaikenal (MSK) Sidang Akademik 2008/2009 yang berlangsung dari 28 Jun hingga 4 Julai 2008 berakhir dengan jayanya. Tahniah kepada semua Pembimbing Pelajar Minggu Suaikenal (PPMS) yang telah bertungkus lumus bekerja siang dan malam bersama staf BHEPP bagi mempastikan acara besar ini berjalan dengan lancar dan jaya sebagaimana dirancang.

MSK pada sidang ini agak berlainan sedikit berbanding sidang-sidang lepas. Buat pertama kalinya dan pertama diantara puluhan universiti di Malaysia, USM mengambil langkah kedepan dengan mengadakan Majlis Sambutan Siswa secara serentak di tiga-tiga kampus iaitu di Kampus Pulau Pinang, Kampus di Transkrian dan Kampus di Kubang Kerian. Sebelum ini Y. Bhg Naib Canselor akan turun ke setiap kampus bagi melaksanakan upacara ini. Namun pada sidang ini Y. Bhg. Naib Canselor hanya berucap di Kampus Pulau Pinang dan dipancarkan secara langsung ke dua lagi kampus melalui teknologi 'web streaming'. Dimulai dengan ucapan Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar, diteruskan dengan ucapan Y. Bhg Naib Canselor dan diakhiri dengan ucapan oleh Y. Bhg. Tan Sri Ani Arope, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti. Kemudian majlis di teruskan di kampus masing-masing yang mana setiap kampus diwakili oleh wakil Naib Canselor. Kampus Kesihatan diwakili oleh Y. Brs. Profesor Lim Koon Ong, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat.

Walau penat namun tugas yang penuh dengan semangat berpasukan, bantuan dan kerjasama daripada jabatan-jabatan lain menjadikan acara Universiti ini tanpa cacat cela. Tahniah sekali lagi..Sesungguh kami bangga menjadi warga USM, universiti terulung di Malaysia...Teruskan menggapai bintang..meraih mercu...