Musibah banjir besar yang melanda Johor telah mengundang BHEPP dgn kerjasama pelajar Kampus Kesihatan menggerakkan penubuhan Briged Bencana. Briged ini telah berlepas ke Johor pada 1 Februari 2007 dan memulakan khidmat kami membersih Sek. Men. Agama Tenaga Sepakat, Yong Peng. Briged yang dianggotai seramai 40 orang pelajar diiringi oleh En. Zulkifli, aku dan Tn. Hj. Ismail selaku pegawai pengiring terus memulakan tugas mencuci dan membersih sekitar sekolah yang ditenggelami air. Komitmen yang diberikan oleh Briged ini telah mengharukan Pengetua dan guru-guru sekolah tersebut. Malah masih ku ingat kata Pengetua bahawa "sekolah ini lebih ceria daripada sebelum banjir, terima kasih banyak-banyak". Tahniah kpd semua pelajar yang ikut serta, sesungguhnya komitmen anda telah mengharumkan Kampus Kesihatan. Khidmat berakhir pada 4 Februari 2007.


Suasana selepas banjir

Berat Sama Di Pikul

Kerja-Kerja Mengecat Madrasah Sekolah

Skuad Mengecat Pasu Bunga

Selepas Siap Di Cat

Bubur Lambuk Johor

Skuad Kutip Sampah

Skuad Water Jet

Cuci Longkang

Lagi Gambar Skuad Kutip Sampah

"Bakal Dr. Gigi Dgn Gaya Tersendiri"

Skuad Mengecat

Briged bergambar dgn Guru-Guru

1 Comment:

  1. Aboo/Lady Dark & Co. said...
    wah2... tak sangka kerja kita kat sana dapat pujian. semoga akan ada lagi undergrad2 USMKK yang menabur bakti se- effective itu...

Post a Comment