Minggu lepas aku berlepas ke Kampus Induk di Penang untuk mengikuti kursus TOT Pimpin Siswa. Pimpin Siswa ini adalah salah satu program yang pertama kali diperkenalkan (salah satu program pembangunan sahsiah pelajar selaras dengan APEX Universiti) untuk pelajar baru yang akan mula mendaftar pada 27 Jun ini.

Selepas mendengar taklimat dari Y. Bhg Timbalan Naib Canselor (HEPP) kami dibawa ke Kem Cinta Alam Kelimat di Sungai Siput, Perak untuk aturcara kursus. Seronok sungguh dapat menikmati keindahan alam di kem ini. Paling seronok mengikuti salah satu modul yang akan diperkenalkan iaitu Lestari Malam..Kami dibawa masuk ke dalam hutan jam 2.00 pagi tanpa lampu untuk menikmati panorama hutan diwaktu malam..Seronok walaupun dalam hati sentiasa berwaspada... mana tau tengah syok-syok menikmati alam...tetiba keluar 'maybank'..

Apapun yang pasti balik nanti banyak tugas yang menunggu..

Selamat Datang Pelajar-Pelajar Baru Ke Kampus Kesihatan, Universiti Malaysia..Ingat pesan ibu, ingat pesan bapa..anda pasti berjaya dan bangga dengan USM, APEX Universiti.

Tahniah Izam!

"Ambil Semangat Daripada Abang-Abang"

"Sah"

"Gerbang Kehidupan"

30 Mei 09, sahlah pasangan Mohd Rizam (adik iparku) dan Nur Fatini dijabkabulkan sebagai sepasang mempelai baru..Tahniah diucapkan dengan satu pesanan "dalam melayari hidup, berpakatlah elok-elok"

Cuti Lagi